Tuesday, August 26, 2008

Flora di Bukit Tinggi.....



Aku suka bunga ni... cam bunga ros... pastu color pink laktu....

Gambar2 ni aku snap saje utk tatapan mata..... Sejuk rasa mata memandang. Sebenarnya banyak lagi flora kat sana tp tak dpt nak snap byk.....

Monday, August 25, 2008

Swan...

Bertapa gumbiranya hati masing2 dapat bercuti2 gini....
Cantik sungguh swan tuu.. putih bersih bulu2nya.....



Masa kat Colmar Tropical ade le 2 ekor Swan kat sungai. Budak2 tu suka lee menengok swan tu... Almaklum lee tak pernah ngk secara live. Nasib tak jakun. hee... heee... sapa yang malu???

Amcorp Mall....

Semalam Ibu, Abg Adam, ALif & Kakak Izzilin pergi Amcorp Mall. Alasannya sebab Adam sibuk nak g jalan2. Ayahnya sibuk kat umah, so aku bawala diaorg g shopping mall yg terdekat... Apalagi ke Amcorp Mall lee.... Masa kat sana seronok lee diaorg berjalan2... sambil2 tuu aku pun mencuci2 mata lee juga. Tengok2 punya tengok tak perasan Alif dah berlari2.... Berdebar2 dada ibu dibuatnya. Nasib baik Elin pantas lari kejar Alif... Alahaai anak ibu jangan buat camtu lagi yee.... rasa terbang kejap nyawa ibu ni.....

Friday, August 22, 2008

Mainla sampai puas.....







Biasala nama pun budak2... ape lagi dalam kepala mereka. Asyik igt main... main... dan main... So ibu lepaskan Abg Adam & Alif main sepuasnya....

Kepala yang tengah berserabut....

iBU sAYAnG kALiAn sEMuA.....
Areesha
Alif... Adam
Ini buat tatapan anak2 ibu.... Pada 21.08.08 kira2 jam 9.00 lebih camtu laah.... Ade satu kejadian yang tak di sangka berlaku.... Apa yang berlaku biar aku dan keluarga je yang tahu. Apa yang aku type ini utk igtan aku dan anak2. Buat anak2 ibu, igtla yang ibu alami dan lalui.... ibu sentiasa menyayangi kalian seikhlas dan sejujur hati.... Apa yang berlaku tu biarlah menjadi memori & ingatan utk kite sekeluarga...

Colmar Tropical, Bukit Tinggi, Pahang

Mak Long, Ahsraaf, Farah, Izzati, Iqin, Izlin, Ibu& Areesha (belah depan) Faiz & Adam... Farah, Iqin, Ashraaf, Mak Long & Faiz...

Areesha yang tengah kesejukkan......
Azirah, Pak Angah, Izza & Areesha, Ibu & Alif....

Gambar ni di snap dari menara dkt Colmar Tropical...

Alif....


Inilah entrance Colmar Tropical.....

Sejuk sungguh dekat Colmar Tropical. Masa kami sampai kat sini hujan renai2.... Lagi lee bertambah sejuk.... Nasib baik semuaorg bawa "sweater". Aku suka sungguh dekat sini. Cantik tempat ini. Kak Long aku kata cam kat France pulak. So nak g jauh2 tak mampu... kasi jelaa g kat Bukit Tinggi ni... syok siot

Berjaya Hill Golf & Country Club & Meranti Park Suite, Bukit TInggi, Pahang

Ini kat ruang balcony.. tgh lepak2 mengilangkan rasa penat..... Ini dalam bilik ada 2 katil bujang Ini ruang tamunya... bole tahan gak besarnya...
permandangan dari luar
Permandangan yang mengasyikkan... hijaunya tempat nie.... Alif.... Farah & Areesha
Adam, Alif, Azirah & Faiz
Ibu & Areesha
Inilah Apartmen yang kiteorg sewa....

Sebenarnya Kak ipar yang punya plan nak ke Bukit Tinggi ni. Ibu & Ayah mmg tak merancang juga percutian ni. Ayah di akhir2 waktu bagitau ibu yang ayah dapat cuti 1 hari. Ibu pun mulakan perancangan join Mak Long & Pak Angah. Ape2 pun terima kasih kat Mak Long sekeluarga & Pak Angah sekeluarga. Gambar2 ini kitaorg baru je sampai kat Bukit Tinggi masa tu Mak Long g check-in. Syok juga tempat ni udaranya segar.... Tempatnya pun menarik n tak jauh dari Kuala Lumpur.... Kira2 dalam 1 1/2 jam je dr Petaling Jaya. Apa2 pun korang cuba la g & merasai ape yang aku & keluarga rasa..... so layanzz....


Thursday, August 21, 2008

Ayahku....

Around 9.00 pagi tadi aku tel emakku, hendak bertanyakan khabar ayahku... Emak & abah sekarang duduk kat rumah Along (Abg pertamaku). Emak kata sama seperti biasa. Malam tak dapat tido, merungut kesakitan. Katanya bisa2 badannya. Kesian juga aku dengar. Tapi aku hanya mampu mendengar aje... yang menanggung kesakitan tu ayahku yang merasainya. Emakku ade cuba berubat tradisional. Tukang ubat tu kata ayahku ade sesuatu yang menganggunya, tu yang tak bole nak tido.

Lepas tu pulak aku cakap dengan kakak iparku. Mendengarkan citer dia, seram pun ade. Mungkin Allah s.w.t sedang menguji kami sekeluarga. Aku sentiasa doakan abah cepat sembuh amin....

Friday, August 15, 2008

Alif...



Ngk le Alif dengan aksi2nya.....

Peter Pan datang Maju Junction

Cute gaak Ariel nie...


Hari nie around 4.00pm Peter Pan datang Maju Junction. Lagu2nya bole tahan gaaks.... Saya ambik gambar2 Ariel ni dr Blog kawan saya yang mmg suka bangat pd Ariel. Heee... hee...

Areesha 5 bulan.....

Hari genap Areesha 5 bulan. Cepat sungguh rasanya Areesha membesar, ibu rasa cam baru je melahirkan anakdara ibu. Ibu doakan anak2 ibu menjadi anak yang soleh & solehah dan berjaya dlm hidup, menjadi orang yang berguna dan terbaik buat ibu dan ayah. Amin......

Gambar yang paling terbaru, masa ini dlm kereta otw nak hantar nenek g hospital kat Melaka.

Gambar ni pulak selepas Ayah selesai qamatkan Areesha. Syukur sgt pada Allah s.w.t dgn kurniaannya. Amin....
Masa ini lak kenduri kahwin Acik Sani & Acik Niena. Tq 2 Untie Azidah bg dress untuk Areesha. Ibu suka sangat baju ni.

Thursday, August 14, 2008

Bukit Tinggi tungguu.....


Weekend ni Mak Long & family, Pak Angah & family & termasuk kite 1 family nak g bukit tinggi. Tak sangka jadi juga akhirnya. Setelah ayah memberitahu ibu semlm yg ayah dpr cuti on Monday. Sukanya hati ibu, at least dpt bw Abg Adam, Alif & Areesha berjalan lagi. Hope semuanya selamat amin.... So Bukit Tinggi tunggu kehadiran kami semua....