Monday, September 8, 2008

Sungai Melaka






Salam...

Cuti Merdeka aritu aku n family balik Melaka. Perancang setiap bulan yang diwajibkan kena balik kampung menjenguk Abah & Emak. Kebetulan aritu aku balik abah & emak kat umah Abang Long kat Taman Merdeka, Melaka. So berkampunglah aku dan keluarga kat umah Along. Aktiviti yang kiteorg masa kat Melaka bawa abah & emak g naik boat around Sungai Melaka. Dah byk yang berubah Melaka sekarang. Jalan pun dah banyak perubahan. Kalau silap masuk jalan bole sesat tau... Tapi Melaka tak lee besar so.. Bole le main redah jee kot.. Ok lee bercerita tentang naik boat, tak ape yang nak di storykan. So layan je leee gambar kat bawah ni.....

Sahur...

Salam....
Dah 2 hari aku bersahur makan oat + milo.... rasa cam tak lalu lak nak makan nasi skrg ni. Mungkin sbb perut aku tgh tak sedap skrg.... dah masuk 3 hari kot aku tak membuang... tension gaak niii. Ingat malam nnt nak g klinik. Semalam aku masuk sayur campur- carrot + kacang panjang + bunga kobis + tampe + sotong... lazat jeee aku makan pastu ade lauk gulai daging masak lemak cili padi. Aku suka sgt makan lauk2 cam tuu... Cukup ngan lauk tuu pun tak. Alhamdulillah Allegic aku tak naik... hope biar leee tak datang lagi. Aku rasa aku ni allegic ngan ayam jee kott... So buat sementara waktu ni aku kena posa ngan AYAM..... ok lee chow...

Friday, September 5, 2008

Kadangkala

Kadang kala
ketika kita menangis
tiada orang nampak tangisan kita



Kadang kala
ketika kita sedang menderita
tiada orang nampak derita kita


Kadang kala
ketika kita risau
tiada orang nampak kerisauan kita


Kadang kala
ketika kita gembira
tiada orang nampak kegembiraan kita








tapi KENTUT!! Sekali je cukup....

Semua orang tau!!
Hahahaha!! GOTCHA!!!
Korang ingat ni nak buat cerita menyayat hati ker?

Wednesday, September 3, 2008

Swimming....





Nie masa kat Bukit Tinggi aritu... lambat sikit update. Pasalnya ade benda yang perlu diselesaikan.... Budak2 kalau jumpa ngan air bukan main suka bangat..... so ngk lee kemeriahan kat kolam tuuu....

Tuesday, September 2, 2008

Puding Sagu

Aku ni kalau mencari resepi semuanya teringin...
Nie satu lagi resepi favorite aku....

Puding Sagu

Bahan-Bahan:
300 gm sagu biji
1 biji kelapa (ambil santannya)
3 ketul gula melaka
Air Garam

Cara:
Bahan Puding

1. Didihkan air hingga menggelegak.
2. Masukkan sagu biji.
3. Rebus sagu hingga kembang.
4. Tuskan sagu di dalam penapis.
5. Masukkan sagu ke dalam acuan.
6. Biarkan sagu mengeras.

Bahan kuah.
1.Masak gula melaka dengan air hingga hancur semuanya.
2. Perah santan,ambil patinya sahaja dan campurkan garam untuk melemakknya.

Cara menghidang.
1. MAsukkan puding ke dalam mangkuk dessert.
2. Tuangkan santan pekat.
3. Tuangkan air gula melaka.

Cendol...

Tiba2 tekak rasa cam nak minum Cendol.... Carila kat internet. Ada le dapat 1 resepi. So insya-allah petang aku berbuka dengan Air Cendul + ngan dinner. hee... hee...

CENDOL

Bahan:
125 gram tepung beras
50 gram tepung sagu
75 cc air daun pandan/suji
450 cc airgaram secukupnya

Bahan pelengkap:
200 gram gula melaka, rebus dengan 125 cc air sampai larut dan kental (sirup gula merah)
500 cc santan

Cara Membuat:
Campur tepung beras dan sagu menjadi satu lalu cairkan dengan sebagian air.Didihkan sisa air dengan garam dan air daun pandan/suji.Masukkan cairan tepung ke dalam air yang sudah mendidih tadi, aduk rata, masak hingga matang dan kental.Saring adonan cendol dengan saringan cendol (berbentuk bulat-bulat pada permukaan saringannya) sambil ditekan-tekan sehingga ke luar dalam bentuk bulat pendek-pendek. Tampung cendol yang sudah disaring dalam baskom yang berisi air matang yang diisi es batu. Jika cendol sudah mengeras, saring, sisihkan.

Cara menghidangkan: masukkan cendol ke dalam gelas, tuang sirup gula merah dan santan. Tambahkan dengan ais batu

Untuk 4-5 gelas.

Terasa sangat.....

Arini rasa cam sedih sgt... knp ngan aku ni... makin bertambah umur makin sensitif perasaan aku ni. Biar lee bukan orang tahu pun pasal perasaan aku ni. Aku sedih sgt ngan Bro kat sini. Dulu dia la tpt aku borak n gelak. Skrg lain, nak cakap ngan dia pun rasa lain mcm. Mungkin masa dah mengubah segalanya. Ape2 pun Terima Kasih yang terucap berapa byknya pada Bro yang dl baik hati dan segala2 yang baiklah.... Kenapa aku nangis niii.... ARRRRggggghhhhh rasa sedih yang teramat sangat........ Untuk Bro fahamila hati wanita ini